sejarah-perang-uhud

Sejarah Perang Uhud merupakan peperangan kedua umat Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud (sebuah gunung, terletak sebelah utara Meadinah ) . Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb. perang uhud terjadi karena perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang telah dikalahkan oleh tentera Islam dalam Perang Badar. Mereka merasa sangat hina kerana tentera Islam yang baru berjaya mengalahkan mereka.

Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.[1]

Pertempuran ini disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya.Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.

Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya. Perang Uhud talah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Memberi gambaran kepada umat Islam menangani sifat-sifat dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan munafik.

Pihak Arab Quraisy

Kabilah-kabilah Arab mulai memandang rendah dan serong terhadap umat Islam . Kaum Quraisy mulai yakin dengan kekuatan mereka dan percaya kekuatan Islam mulai lumpuh . Perang ini membuktikan kaum Quraisy memang sentiasa berniat untuk menghancurkan Islam dengan tanpa diduga.

Kesimpulannya jelas kepada kita bahawa perang Uhud amat besar artinya kepada umat Islam kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka. Mereka mula menyedari tentang pentingnya mematuhi perintah-perintah Rasulullah s.a.w dan para pemimpin. Selepas Perang Uhud umat Islam semakin bersedia menghadapi musuh mereka secara bersama-sama. Pihak Islam mulai menyedari bahawa golongan Yahudi dan munafik tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kota Madinah. Umat islam juga menyadari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan menghentikan segala tindakan mereka ke atas umat Islam selagi Islam tidak dihapuskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here